Ahad, 30 Oktober 2011

A FAMOSA

A Famosa merupakan kubuPortugis yang dibina setelah mereka berjaya menawan  Kota Melaka pada tahun 1511.Kubu yang dibina di atas bukit yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka ini dikatakan antara binaan tertua di Malaysia.


Selain dijadikan kubu pertahanan,A Famosa turut berfungsi sebagai tempat menyimpan 
bekalan senjata dan makanan tentera portugis.


PEMBINAAN A FAMOSA
Menurut sejarahnya,tapak binaan A Famosa merupakan bekas tapak gudang penyimpanan  
bijih timah dan peralatan melombong.Selain itu,terdapat juga sebuah masjid,iaitu Masjid Besar Melaka yang musnah akibat serangan Portugis di tapak ini.Pada mulanya ,orng Portugis yang diketuai oleh Gabenor Alfonso D'Albuquerque telah membina sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu di tebing sungai Melaka.Bahan binaan bangunan kubu ini kemudiannya diubahsuai sedikit demi sedikit daripada kayu kepada batu.Batu-batan yang digunakan dalam pengubahsuiaian ini diperoleh daripada runtuhan bangunan yang ada sebelumnya,serta batu nisan daripada makam kesultanan Melayu yang ada di sekitar tapak tersebut .Selain batu-batan ini,batu kapur yang diperoleh daripada cenkerang siput dan kerang di sepanjang pantai Melaka turut digunakan.
      Proses pengubahsuaian ini dimulakan pada bulan September 1511 dan berakhir pada bulan Januari 1512.Sepanjang tempoh tersebut,seramai 1500 orang hamba raja dikerah untuk membuat pengubahsuaian bangunan kota ini.
      Bangunan A Famosa berbentuk segi empat.Dinding yang dibina mempunyai ketebalan lapan kaki.Di sudut tenggara kubu ini,terdapat sebuah menara yang dikenali sebagai torre demenagem,bermaksud menara penghormatan.Dianggarkan ketinggian menara ini ialah 120 kaki.Di kubu ini juga,terdapat sebuah pintu gerbang yang dipanggil Pintu Gerbang Santiago atau dalam bahasa Portugis disebut sebagai Porta De Santiago.







BERTUKAR TANGAN
Sejak dibina pada tahun 1512 sehingga tahun 1807,kota A Famosa ini bertukar tangan sebanyak dua kali.Kedudukannya yang terletak di atas bukit kuala sungai merupakan kelebihan untuk tentera Portugis mematahkan serangan pihak musuh dengan mudah
Sekitar tahun 1580,kubu A Famosa ini dibesarkan supaya 
merangkumi sebahagian besar kota Melaka.Kubu ini dilengkapi dengan bangunan-bangunan pemerintahan,bangunan
keagaman dan gereja.Kubu ini kemudiannya diberi nama Kota
Santiago.A Famosa yang menjadi sebahagian daripada kota ini diberi nma baru,iaitu Fortaleza Velha.Ketika pertempuran dengan Belanda pada tahun 1641,bangunan kubu 
ini hampir musnah diserang.Namun,ia dibina semula oleh orng Belanda selepas berjaya merampas Melaka daripada tangan Portugis.Menjelang tahun 1807 pemerintah British
pada masa itu,Kapten William Farquhar diarah untuk merobohkan Kota Santiago.Kota ini kemudian diroboh menggunakan meriam.Bedilan tersebut memusnahkan sebahagian besar kota Santiago.Akhirnya,hanya bahagian hadapan kota tersebut yang terselamat,iaitu A Famosa.